[VIDEO] Siap Bertungku! Kucing Peliharaan Datuk Chef Wan Berpantang Macam Ibu Mengandung );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Siap Bertungku! Kucing Peliharaan Datuk Chef Wan Berpantang Macam Ibu Mengandung

Share
wan

Sudah menjadi kebiasaan buat ibu mengandung yang selesai bersalin akan menjalani proses berpantang sekurang-kurangnya 44 hari.

Namun lain pula ceritanya apabila seekor kucing yang baru selesai bersalin, turut disediakan set penjagaan pantang sama seperti manusia.

Kucing berkenaan merupakan kepunyaan tukang masak dan chef terkenal tanah air, Datuk Chef Wan.

Selamat melahirkan 5 ekor anak kucing, perilaku Datuk Chef Wan dilihat mencuri perhatian warganet apabila beliau menyediakan barangan serta set berpantang yang lengkap buat si meow.

Turut dilengkapi balutan kain putih dan bahan-bahan organik, ianya saling tidak tumpah sama seperti seorang ibu yang berpantang.

“Aku ni bidan kampung, ko jangan tak tau aku”

Dengan gelagat yang selamba, Datuk Chef Wan dilihat langsung tidak merasa kekok ataupung janggal untuk menyapukan bahan-bahan yang disediakan pada kucing beliau.

Malah, batu tungku juga turut disediakan dan telah dipanaskan sebelum ianya disapu keliling badan si meow.

wan

Apa yang paling mencuri perhatian adalah, si meow dilihat sangat sopan dan seakan-akan patuh pada segala tingkah laku tuan pemiliknya.

Dibalut, dilurah minyak angin dan ditungku dengan batu panas, kesemuanya berjaya dilakukan dengan begitu mudah sekali tanpa sebarang bantahan daripada si meow.

Daun manja kani pun ada tau! Katanya untuk redakan kesakitan di bahagian bawah kucing.

wan

Meskipun ianya merupakan sebuah adat yang sering diikuti oleh ibu mengandung, melihatkan Datuk Chef Wan yang gigih melakukan perkara sama pada si meow sangat-sangat mencuit hati.

Penulis pun kurang pasti akan keberkesanannya pada seekor kucing, namun diharap semuanya baik-baik sahaja.

Baru la awet muda si meow nanti kan!

 

[Sumber]: facebook

 

Baca: Lelaki Aniaya 7 Ekor Kucing Guna Pisau Lipat Dpenjara 12 Minggu

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!