Anak Bulus Tukar Rumah Jadi 'Swimming Pool', Pemuda Pening Kepala Bangun Pagi Lihat Rumah Banjir );

Type to search

Cerita Haimeow

Anak Bulus Tukar Rumah Jadi ‘Swimming Pool’, Pemuda Pening Kepala Bangun Pagi Lihat Rumah Banjir

Share
Bulus nakal main air

Selain menjadi peneman dan tempat untuk mencurahkan kasih sayang, membela kucing juga adalah salah satu cara untuk kita menguji tahap kesabaran diri.

Walaupun comel, kelakuan nakal mereka kadang-kadang boleh membuat ibu bapa bulus pening kepala dan meningkatkan risiko darah tinggi, seperti apa yang dilalui oleh pemuda ini.

Pengguna TikTok, @zul_taylor12 hanya mampu melihat rumahnya bertukar menjadi ‘swimming pool’ setelah anak-anak bulusnya membuka paip air sehingga menyebabkan air tumpah daripada sinki membanjiri rumahnya.

Pemuda yang berasal dari Singapura itu bangun pada satu pagi untuk pergi ke kerja, tetapi tergamam apabila melihat lantai rumahnya dibanjiri air.

Bukan hanya sekali, insiden berkenaan turut berulang lagi pada hari yang berlainan.

@zul_taylor12

won't forget this 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️ ##russianbluecat

♬ original sound - Zultaylor

Tidak cukup dengan paip air, kucingnya juga gemar ‘menghias’ rumah dengan tisu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!