Warga Emas Didakwa Bunuh Kucing Bunting & Anak Dengan Besi - Verst CeritaWarga Emas Didakwa Bunuh Kucing Bunting & Anak Dengan Besi );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

Warga Emas Didakwa Bunuh Kucing Bunting & Anak Dengan Besi

Avatar
Share
kucing bunting

Disebabkan berang apabila dua ekor kucing membuang najis di hadapan rumahnya, seorang wanita didakwa memukul seekor kucing bunting sehingga mati dan anak kucing hingga cedera.

Tidak lama kemudian, anak kepada kucing bunting tersebut dilaporkan mati selepas seminggu diberikan rawatan akibat dipercayai dipukul dengan objek keras.

Bagaimanapun, wanita berusia 52 itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Butterworth hari ini atas dakwaan memukul dua ekor kucing baka tempatan berwarna oren dan putih-kelabu menggunakan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter hingga menyebabkan kedua-dua haiwan itu mati.

kucing bunting

Kejadian dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung dalam kawasan padang permainan sekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Seperti yang dilaporkan Bernama, tertuduh akan dihadapkan mengikut Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) dan boleh dihukum dibawah seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20 ribu hingga RM100 ribu atau penjara sehingga tahun atau kedua-dua sekali.

kucing bunting

kucing bunting
Sebelum ini wanita berusia 52 tahun telah direman empat hari / Foto - Astro Awani

Terimalah seungkap kata dari penulis, “All human beings are endowed with rational thinking and sanity but act inhumane, while animals are born without senseless but capable of acting intelligently and share goodness with humans“.

Renung-renungkan lah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!