Bustana Kucing, Syurga Buat Ribuan Kucing Jalanan Di Perlis );

Type to search

Cerita Haimeow

Bustana Kucing, Syurga Buat Ribuan Kucing Jalanan Di Perlis

Share

Bustana Kucing merupakan satu-satunya pusat menyelamat dan perlindungan kucing di Perlis yang mula beroperasi pada tahun 2015.

Diilhamkan oleh Taufiq dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, Norsiake Kassim, pusat perlindungan kucing ini bertempat di Taman Ular Reptilia Batu Pahat dan dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan orang awam.

Merupakan tempat peliharaan kucing-kucing terbiar, lokasi ini secara tidak langsung telah menjadi tarikan pengunjung di sekitar Perlis.

bustana

Lambakan kucing jalanan yang dibuang di lorong belakang restoran dan tempat pembuangan sampah merupakan satu situasi yang sangat menyayat hati.

Maka dengan itu, Bustana Kucing berperanan sebagai pusat penjagaan kucing yang tidak terpelihara, kucing jalanan yang diselamatkan oleh orang awam, mahupun yang ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

bustana

Mempunyai sangkar berkeluasan 50-meter kali 15 meter, Bustana Kucing juga memiliki sebuah wad khas untuk ibu dan anak serta wad sakit bagi merawat kucing-kucing yang berpenyakit.

Difahamkan, setiap hujung minggu akan ada seorang doktor veterinar dari Jitra yang akan datang untuk melatih semua petugas untuk merawat kucing.

Setakat ini jumlah kucing yang dijaga dan dipelihara di sini sudah mencapai sebanyak 1500 ekor kucing.

bustana

bustana

bustana

Memiliki pelbagai jenis baka kucing yang berlainan, Taufiq sangat menggalakkan orang ramai yang ingin memiliki kucing untuk datang dan ambil sahaja kucing di sini secara percuma.

Dalam pada itu, Bustana Kucing juga sangat mengalu-alukan kedatangan pengunjung serta bantuan orang ramai yang berhasrat ingin menghulurkan sumbangan buat si meow.

Sekiranya anda ingin ketahui info dengan lebih lanjut, boleh klik di sini.

 

[Sumber]: getaran.my

 

Baca: Gara-Gara Bri Makanan Tiruan, Kucing Peliharaan Mati Terbunuh Tanpa Disengajakan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!