'Cat Curfew' - Ketua Ottawa Humane Society Mahu Segerakan Perintah Berkurung Pada Kucing Di Ottawa );

Type to search

Cerita Haimeow

‘Cat Curfew’ – Ketua Ottawa Humane Society Mahu Segerakan Perintah Berkurung Pada Kucing Di Ottawa

Share
cat curfew

Sudah menjadi lumrah bahawa kucing memang suka berkeliaran, tetapi tahukah anda bermula Oktober ini mereka di Ottawa akan dikenakan ‘cat curfew’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ottawa Humane Society meminta ‘cat curfew’ dijalankan di bandar Ottawa dengan kadar segera.

Hal ini disebabkan oleh peristiwa kucing di hujung barat Ottawa yang dibunuh oleh pembunuh bersiri kucing.

“Banyak kes yang berlaku pada kucing yang berkeliaran.

“Kami telah melihat dalam beberapa minggu lepas, masyarakat menganggap manusia telah mendera dan menyiksa kucing sehingga menyebabkan kematian tapi ternyata, pemangsa sebenar adalah coyote,” jelas Bruce Roney.

cat curfew

‘Cat Curfew’ diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Knox City

Peraturan baru itu diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Knox City, pinggir bandar Melbourne yang mewajibkan mana-mana pemilik kucing yang membiarkan kucing mereka berkeliaran, bakal dikenakan denda.

Datuk Bandar Knox City, Lisa Cooper dalam satu kenyataan berkata, “Apabila dibenarkan berkeliaran, kucing berisiko lebih tinggi mendapat penyakit dan kecederaan,” 

“Bahkan menjaga kucing dalam rumah pemiliknya juga melindungi hidupan liar dan mencegahnya dari menimbulkan gangguan kepada jiran dan binatang peliharaan mereka,” tegas Datuk Bandar.

Kucing yang didapati berkeliaran di luar akan dikutip dan denda mungkin dikeluarkan, kata majlis itu.

Setelah tempoh percubaan tahun lalu yang mengharuskan kucing dikurung, ‘cat curfew’ akan terus berkuatkuasa pada 1 Oktober nanti.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!