Wanita Cemburu Kucing Peliharaan Selalu Manja Dengan Pasangannya, 'Bela' Jambang Untuk Tarik Perhatian );

Type to search

Cerita Haimeow

Wanita Cemburu Kucing Peliharaan Selalu Manja Dengan Pasangannya, ‘Bela’ Jambang Untuk Tarik Perhatian

Share
Kucing suka jambang

Kebiasaannya, kucing peliharaan di dalam sebuah keluarga mempunyai seseorang yang menjadi kesukaannya berbanding ahli keluarga yang lain dan lebih rapat dengan ahli keluarga kesukaannya itu.

Sama juga dengan pasangan yang mempunyai haiwan comel ini, ia akan lebih rapat dengan salah seorang daripada mereka.

Seorang pengguna TikTok, Lindsey, berasa cemburu dengan pasangannya kerana kucing mereka sentiasa ‘melekat’ dengan lelaki itu berbanding dirinya.

Menurut Lindsey, setiap kali mereka bermanja dan bermesra, dirinya berasa seperti orang ketiga yang sedang menemani sepasang kekasih sedang ‘dating‘.

TikTok @t0edirt

Namun, seorang netizen memberitahu Lindsey bahawa si comel itu sebenarnya hanya tertarik dengan pasangannya kerana jambang yang dimiliki dan meyakinkan Lindsey untuk mendapatkan jambang palsu.

Ternyata idea tersebut menjadi kerana haiwan peliharaan Lindsey kini turut ‘melekat’ dengannya.

TikTok @t0edirt

Rupa-rupanya benarlah haiwan kegemaran ramai ini cukup tertarik dengan jambang yang dimiliki oleh pasangannya.

TikTok @t0edirt
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!