Secara logiknya, kucing yang sakit perlu diberikan rawatan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang lebih serius.
Sebagai pemilik kucing, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kita mendapatkan rawatan daripada pakar vet.
Namun malang menimpa lelaki ini apabila beliau diberhentikan kerja gara-gara pulang awal ke rumah demi memberikan rawatan pada kucingnya yang sedang nazak.
Menurut Daily Star, sebaik sahaja berita berkenaan tersebar di pejabat, lebih daripada dua dozen pekerja turut berhenti dan melepaskan jawatan mereka di syarikat berkenaan.
Difahamkan, pekerja lelaki itu ditengking kuat oleh majikan beliau dan didengari ramai sehingga telah mengakibatkan beliau meninggalkan pejabat itu sambil menangis.
Masing-masing dilaporkan telah menghantar e-mel kepada majikan selepas menyaksikan kejadian yang dikatakan kurang berperikemanusiaan itu.
Susulan daripada insiden itu, pengurus tersebut dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko hilang kerja.
Tidak dinafikan bahawa urusan peribadi dan kerja perlulah diurus dengan sebaiknya melainkan ianya hal kecemasan yang tidak boleh dijangka.
Pendapat penulis, pekerja tersebut tidak sepatutnya diberhentikan kerja sebaliknya, diberikan pelepasan ataupun cuti tanpa gaji untuk beliau selesaikan urusan.
Apa pula kata anda, adakah tindakan pekerja tersebut dianggap keterlaluan dan patut diberhentikan kerja?
[Sumber: dailystar]