DBKL Anjur Kempen Adopsi Kucing Serendah RM15 );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

DBKL Anjur Kempen Adopsi Kucing Serendah RM15

Share
dbkl

Pencinta kucing di luar sana pasti akan terasa sedih sebaik melihat kucing jalanan yang kelaparan dan kehausan akibat dibuang dan sebagainya.

Jumlah kucing jalanan yang terlampau banyak secara tidak langsung telah mengakibatkan lambakan kucing yang berpeleseran di sekitar restoran makan dan rata-rata daripadanya mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik.

Sehubungan dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah kempen adopsi kucing jalanan.

dbkl

Difahamkan, kesemua kucing yang ditangkap sebelumnya telah dijaga dan diberikan makan dan minum secukupnya sepanjang tempoh penjagaan yang diberi.

Selain daripada itu, haiwan peliharaan anjing juga turut tersenarai dalam kempen berkenaan dan orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama bolehlah hadirkan diri untuk membelinya dengan harga yang murah.

dbkl

Bayaran yang dikenakan bagi seekor haiwan adalah seperti berikut:

  • Kucing – RM15
  • Anak Anjing – RM 17.50
  • Anjing – RM 35

dbkl

Kempen ini bakal berlangsung di Unit Kawalan Vektor dan Pest, Kuala Lumpur bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari manakal sesi sebelah petang pula bakal bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sekiranya anda menginginkan seekor kucing peliharaan yang comel dan sihat, bolehlah berkunjung ke lokasi yang tertera.

Jangan lupa ajak kawan-kawan dan cat lover yang korang kenal, si meow sedang menanti!

 

[Sumber]: DBKL

 

Baca: Lebih 20 Kucing Rentung Dalam Kebakaran Di Florida

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!