Demi 32 Kucing, Dua beradik Ini Sanggup Berendam Dalam Banjir );

Type to search

Cerita Haimeow

Demi 32 Kucing, Dua beradik Ini Sanggup Berendam Dalam Banjir

Farhana Syahirah
Share

Bimbang 32 kucing peliharaan mereka lemas, dua beradik nekad menemani haiwan berkenaan walaupun terpaksa berendam dalam air selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Kecil, di sini, dilanda banjir kilat, malam tadi.

Azila Omar, 45 berkata, dia dan adiknya, Azmi, 38, tidak sampai hati meninggalkan kucing peliharaan, selain bimbang keselamatan haiwan itu selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

“Jika diikutkan kami boleh menumpang rumah kakak sementara menunggu air surut tetapi tidak sampai hati tinggalkan kucing di sini, walaupun saya dan adik terpaksa duduk dalam air.

32 ekor kucing yang dilindungi dari banjir kilat yang melanda di rumah dua beradik ini.

“Lagipun saya bimbang haiwan ini terjatuh kerana ada di antara kucing ini buta, pekak dan tidak cukup sifat,” kata Azila ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Azila berkata, kejadian berlaku pada 10 malam dan ketika itu dia sendirian di dalam rumah manakala, Azmi keluar ke pasar raya berhampiran rumah.

“Air naik sangat laju dan saya tidak sempat memindahkan barangan ke tempat selamat,” katanya.

Si adik sedang mengawasi kucing-kucingnya dari terjatuh ke kawasan air.

 

Sementara, Azmi berkata, kampung berkenaan sudah lama tidak dilanda banjir dan kali terakhir pada 2000.

Katanya, hampir 95 peratus barangan dalam rumah ditenggelami air dan gagal diselamatkan berikutan air naik mendadak.

“Banjir mungkin berlaku akibat pertembungan air pasang besar dan hujan lebat. Kejadian ini menyebabkan saya kerugian lebih RM10,000,” katanya.


[Sumber: Buletin TV3]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!