Denda Tidak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Denda Tidak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran

Share
denda

Kita sedia maklum, tidak semua orang suka apa yang kita minat dan sayang. Sebagai contoh, haiwan peliharaan seperti kucing, ada sesetengah orang cukup geli kepada si comel ini dan tidak suka kucing rapat dengan mereka.

Disebabkan itu, kita sebagai pemilik kucing perlu sentiasa bertolak ansur dalam komuniti berjiran. Walaubagaimana pun, kita tidak dapat menghalang pergerakan atau perangai kucing yang berkeliaran di jalanan. Kadang-kala kucing di rumah jika dilepaskan, mereka akan kencing atau berak di ‘wilayah’ yang masih belum diterokai. 

Secara tidak langsung, ia akan membuat jiran kita tidak selesa dan membebankan mereka untuk membersihkan najis tersebut.

denda

Tahukah anda, pemilik haiwan boleh didenda tidak lebih RM1,000 jika haiwan peliharaan kencing atau berak di rumah jiran.

Ini diterangkan oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Nor Zabetha di lama youtubenya. Dibawah Akta-Akta Kecil 1995, menyatakan berkenaan tanggungjawab pemilik anjing. Pemilik tidak boleh membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliaran tanpa pengawasan yang boleh menyebabkan kecederaan orang awam.

Manakala mengikut Seksyen 80, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai hak untuk mengambil tindakan dengan beberapa cara iaitu menghapuskan, menghentikan dan mengambil tindakan undang-undang seperti denda.

denda

Pihak PBT akan mengeluarkan surat ataupun notis kepada pemilik haiwan sebagai peringatan supaya haiwan peliharaan mereka tidak menganggu ketenteraman orang lain. Penjaga haiwan peliharaan  juga boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Boleh lihat video dibawah untuk informasi penuh.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!