Ekspo Kucing Terbesar Kini Kembali Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Ekspo Kucing Terbesar Kini Kembali

Share

Gembirakan kucing anda dengan pengalaman Ekspo Kucing 2022 yang akan diadakan dari 30 Sept hingga 2 Okt di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade Kuala Lumpur.

Kembali sebagai acara kucing terbesar di Malaysia, edisi kelima kali ini menampilkan pertandingan kucing antarabangsa yang mempamerkan lebih 200 kucing. Ia juga mempunyai aktiviti yang menyeronokkan dan pendidikan yang disediakan untuk anda dan kucing kesayangan anda, dengan penyertaan jenama premium yang bakal menyajikan keseronokkan kepada pemilik si bulus.

Masuk dengan kadar yuran RM5! Orang ramai yang datang ke Ekspo Kucing ini tidak pulang dengan tangan kosong. Terdapat pelbagai diskaun dan promosi hebat daripada lebih 100 jenama makanan, barangan serta keperluan kucing.

Sudah pasti kunjungan anda ke Ekspo Kucing 2022 ini akan menggembirakan si comel di rumah yang menanti penuh debaran dan kejutan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *