Umum mengetahui bahawa untuk membelah sebiji buah tembikai, ianya memerlukan peralatan yang tajam sekurang-kurangnya pisau.
Kemahiran membelah buah tembikai amatlah mudah untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja namun bagaimana pula jika ianya dilakukan oleh seekor kucing?
Pernahkah anda melihat seekor kucing membelah buah tembikai dengan sendiri?
Menurut sebuah perkongsian video pendek di Tiktok, si meow dilihat sedang cuba membelah sebiji buah tembikai dengan menggunakan lidi.
Walaupun si meow gagal, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan semasa membelah tembikai itu.
Video perkongsian ini telah mendapat 2.5 juta likes dan 58.5 ribu share daripada netizen sekaligus menjadikan kucing ini terkenal di laman media sosial.
Kucing tersebut yang dikenali sebagai ‘Meow Chef’ cukup terkenal di aplikasi Tiktok kerana sering memuat naik video masakan.
Tidak cukup dengan sebatang lidi, si meow meneruskan usahanya dengan menggunakan empat batang lidi pula!
Sekali lagi, usahanya menemui jalan buntu dan penamat video ini cukup menggelikan hati para penonton kerana kelihatan buah tembikai itu dipenuhi dengan tusukan lidi.
Biarpun usaha yang ditunjukkan oleh si meow dilihat seakan-akan mustahil pada awalnya, namun sekurang-kurangnya, ianya mampu meninggalkan kesan gelak tawa pada kita.
Terima kasih encik meow!