Telatah haiwan yang comel kadang-kala dapat membuatkan kita rasa lebih bahagia dan tenang. Disebabkan itulah internet akan sentiasa dipenuhi dengan video-video lucu dari mereka.
Lain pula ceritanya dengan kisah mak kucing ini. Tular di laman Twitter apabila video klip berdurasi 29 saat ini menyiarkan seekor ibu kucing membantu anaknya menaiki tangga.
Lihat video di bawah:
Mommy helping her kitten to climb the stairs.. pic.twitter.com/1cCPWTNhXp
— Buitengebieden (@buitengebieden_) August 25, 2021
BACA: Tak Kisah Anaknya Dijadikan Lauk, Ibu Kucing Masukkan Anaknya Dalam Kuali Untuk Dimasak
Perkongsian dari Buitengebieden ini menjadi tular dan mendapat lebih dari 64,000 tontonan.
Seperti yang dilihat dalam klip, anak bulus yang comel itu bertatih ketika berusaha menaiki tangga. Ibu kucing itu, bagaimana pun, mengajar anaknya dengan sabar.
Ketika video itu menjadi tular sehingga mendapat lebih 5,000 tanda suka dan beberapa ulang kicau. Warganet yang lain begitu cair hati dengan gelagat anak bulus tersebut.
Lihat komen di bawah:





Anda pun mesti ulang tayang tengok video tadi kan? Jom kongsikan gelagat bulus anda pula di ruangan komen!