Ibu Menangis Dapat 'Oyen', Lama Dah Nak Akhirnya Dapat Juga );

Type to search

Cerita Haimeow

Ibu Menangis Dapat Hadiah ‘Oyen’, Lama Dah Nak Akhirnya Dapat Juga

Ain Huda
Share

Sebagai ibu, bila tiba hari jadi sesiapa pun dalam keluarga dialah paling sibuk merancang majlis walaupun secara kecil-kecilan.

Tapi apabila hari jadi ibu, ahli keluarga berpakat untuk membuat kejutan kepada ibu mereka. Perkongsian video @FatihahGhafar di Twitter mendapat sambutan 19.5k retweet.

Fatihah dan ahli keluarga membuat kejutan kepada ibu mereka pada hari jadinya yang ke-57 dengan memberi sebuah kotak. Ibunya terkejut menerima kotak besar dan tidak menyangka ada hadiah istimewa yang sudah lama diidamkan.

Video yang dirakam nampak ibu Fatihah terkejut apabila seekor kucing keluar dari kotak. Si ‘Oyen’ seakan-akan sudah bersedia untuk keluar dari kotak dan memberi kejutan.

 

Memberikan ibu mereka seekor kucing ‘Oyen’ sudah dirancang oleh anak-anak kerana ibunya memang teringin mempunyai kucing ‘Oyen’.

Terlalu terkejut dan terharu, ibu Fatihah sebak dan memeluk suaminya sambil diperhatikan anak-anak yang juga terkejut melihat reaksi ibu mereka.

Ramai warganet berkongsi gambar kucing ‘Oyen’ masing-masing dan gelajat si bulus yang popular dengan kenakalan mereka.

‘Oyen’ yang comel itu diberi nama Simba. Comel sangat ni!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!