"Ingatkan kucing gergasi, rupa-rupanya..", Uncle Ini Rare Bawa Haiwan Peliharaannya Bersiar-siar );

Type to search

Cerita Haimeow

“Ingatkan kucing gergasi, rupa-rupanya..”, Uncle Ini Rare Bawa Haiwan Peliharaannya Bersiar-siar

Share
kucing gergasi

Bukan kucing gergasi, bukan juga anjing, sebaliknya ia adalah seekor kura-kura gergasi.

Itu adalah haiwan peliharan yang dibawa seorang ‘Uncle’ ketika bersiar-siar di sebuah taman perumahan yang sempat dirakam pengguna jalan raya di sebuah taman perumahan.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook, kelihatan haiwan itu jinak ketika di bawa ‘makan angin’ serta mengikut arahan Uncle itu.

Difahamkan kura-kura gergasi itu sudah berusia 11 tahun.

Bersiar-siar di kawasan perumahan

Artikel berkaitan: Berkat Jaga Kucing Dalam Kereta Selama 2 Bulan, Pakcik 72 Tahun Ini Direzekikan Rumah

Gelagat kura-kura gergasi dan lelaki itu turut menarik perhatian pengguna Facebook yang rata-rata memaklumkan bahawa kura-kura gergasi itu mahal harganya dan mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Aku ‘join group’ kura-kura rupanya mahal harga dia, ada anak kecil yg baru menetas pun berharga RM3,000 hingga RM13,000.

“Yang pak cik ni punya tak taulah berapa puluh ribu agaknya,” tulis Ayu Ujang.

[Kredit: Kosmo!]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!