Jadi Mangsa Pemilik Tidak Bertanggungjawab, Jumlah Kucing Peliharaan Dibuang Meningkat Ketika Musim PKP );

Type to search

Cerita Haimeow

Jadi Mangsa Pemilik Tidak Bertanggungjawab, Jumlah Kucing Peliharaan Dibuang Meningkat Ketika Musim PKP

Share
Kucing

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun lalu bagi mengawal penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada sebahagian besar rakyat di negara ini. kucing

Sekatan itu membuatkan ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan juga ada yang bertarung dengan keadaan mental yang tidak baik.


Baca Juga: Lebih Setahun Tinggal Bersama, Petugas ‘Roadblock’ PKP Sedih Terpaksa Berpisah Dengan Kucing Peneman Lokasi


Malah, kucing peliharaan juga menjadi mangsa PKP apabila ramai pemilik yang tidak bertanggungjawab membuang haiwan peliharaan mereka.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid berkata, pihaknya telah menyelamatkan lebih 2,000 ekor kucing yang dibuang oleh pemilik sepanjang tempoh PKP.

“Ketika PKP, ramai yang kehilangan punca pendapatan, jadi, mereka mengambil keputusan mudah dengan membuang kucing peliharaan masing-masing.

“Bagi kami, pemilik ini tidak bertanggungjawab kerana menjadikan PKP sebagai alasan, mereka sepatutnya lebih prihatin dan menjaga haiwan peliharaan dan tidak mengambil jalan mudah dengan membuangnya di jalanan,” katanya.

Menurut Khalid, susulan peningkatan jumlah pembuangan kucing di jalanan juga pihaknya mendapati kes penderaan kucing jalanan semakin meningkat pada masa ini.

“Kucing-kucing jalanan ini disakiti, disimbah dengan air panas, cedera akibat dilanggar dan sebagainya.

“Ini berlaku kerana jumlah kucing di jalanan meningkat, kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga dan menyayangi kucing juga masih rendah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa syarikat-syarikat korporat membantu pemilik pusat perlindungan kucing terbiar di seluruh negara dari segi dana dan pembangunan infrastruktur supaya kucing jalanan dapat dijaga dengan baik.

Tahun lalu, Bernama melaporkan, pembuangan haiwan peliharaan ketika musim PKP meningkat tiga kali ganda di sekitar ibu kota ketika musim PKP.

Data tersebut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baharu dalam satu-satu kawasan.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!