Kanak-kanak sememangnya tidak pernah terlepas dengan keletah mereka yang sangat mencuit hati.
Tapi kadang-kadang kerenah yang tak disangka mereka itu mampu membuat ibu bapa luruh jantung apabila melihatnya.
Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @aimdarman, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di dalam sangkar kucing.
@aindarman Mengucap panjang dibu meninaaa😩 Menina nak jadi cat pulakk😓 ##fyppppppppppppppppppppppp ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##fypage ##esekeli ##fypmalaysia🇲🇾
♬ original sound - Ain Darman
BACA JUGA: Reaksi Anak Usik Ibunya yang Takutkan Kucing Undang Tawa Netizen
Pada awalnya, Ain Darman atau Ain mencari anak perempuan yang tak tahu pergi mana. Tapi alangkah terkejutnya apabila dia melihat kanak-kanak tersebut duduk di dalam sangkar kucing di luar rumah.

Dengan muka selamba dan tidak bersalah, anaknya yang dikenali sebagai Medina atau Nina itu mengeluarkan beberapa ekor anak kucing miliknya daripada sangkar untuk duduk di dalam itu.
Video pendek yang dimuat naik oleh ibunya telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok sehingga kini.