Karya Pelukis Surrealist Inspirasi Dari Kucing Kesayangan );

Type to search

Cerita Haimeow

The Topiary Cat – Karya Pelukis Surrealist Inspirasi Dari Kucing Kesayangan

Share
surrealist

Rare betul pokok bentuk kucing tu. Mesti korang nak tanya min, dekat mana tempat tu… Sebenarnya, pokok tu tak wujud pun. Hanya sekadar karya inspirasi pelukis surrealist England.

Menurut Richard Saunders, 75, sepanjang hayatnya hanya memanfaatkan unsur-unsur surealis pada kanvas, papan atau kertas dan juga sebagai glowing surreal pixels.

Apabila seseorang melihat lukisan, gambar, dan foto montaj ini, ia seakan memberi kewujudan pada dunia nyata!

The Topiary Cat

surrealist

Perjalanan projek The Topiary Cat bermula ketika Richard memotret topiary – seni memangkas dan membentuk pokok menjadi arca hidup, dalam bentuk abstrak besar di perkarangan rumah.

Dengan adanya seekor kucing peliharaan Russia yang cantik berwarna biru iaitu Tolly telah melengkapkan elemen di dalam abstrak tersebut untuk menghasilkan gambar topiary surealis yang nyata serta indah.

Namun pada Februari 2016, Tolly telah pergi buat selama-lamanya.

surrealist

Walau bagaimanapun, gambar yang telah dimuat naik olehnya di Flickr telah diambil dan disebarkan oleh seseorang tanpa meletakkan tanda kredit Richard Saunders menjadi viral bahkan ramai berfikiran The Topiary Cat itu benar-benar wujud!

Sebenarnya, gambar kucing berkualiti tinggi ini telah di photoshoped pada gambar pemandangan yang telah diambil di lokasi sebenar.

Koleksi gambar The Topiary Cat ini pasti akan membuat anda percaya bahawa anda benar-benar melihat seekor kucing raksasa yang diukir sempurna pada hidupan hijau yang subur di English country garden.

surrealist
surrealist

 

Kan seronok jika ada tempat sebegitu. Pasti ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong yang melawat di England!

Bagi pelukis surrealist dari Stapleford, Hertfordshire, Richard tidak pernah merancang populariti untuk menimpanya, apatah lagi ingin membuat duit dari gambarnya, sama sekali tidak.

Dengan bermodalkan minat yang mendalam dan karya yang dihasilkan cukup ikhlas dan bermakna, seakan menjadi ‘durian runtuh’ buat dirinya.

surrealist
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!