[VIDEO] Kasih Sayang Si Ibu Kucing, Simpan & Bawa Lari Makanan Yang Dipinta Untuk Anaknya );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Kasih Sayang Si Ibu Kucing, Simpan & Bawa Lari Makanan Yang Dipinta Untuk Anaknya

Share
bawa

Kebiasaannya si meow yang kelaparan akan makan dengan gelojoh dan rakus sebaik sahaja diberikan makanan oleh insan yang prihatin.

Namun berbeza pula ceritanya apabila seekor kucing ini didapati menyimpan dan membawa lari makanan yang diberi padanya.

Perkongsian video ini menceritakan kisah yang cukup menyentuh hati di sebalik kejadian berkenaan.

 

Meskipun pada awalnya si meow menunjukkan keinginan yang tinggi untuk meminta makanan, namun tindakannya yang menyimpan dan memberikan makanan tersebut kepada anaknya sungguh tidak dijangka.

Berbekalkan kasih sayang, kucing tersebut dilihat gigih membawa makanan tersebut walaupun berada di lokasi yang agak berjauhan dengan anaknya.

bawa

Melihatkan situasi menyayat hati ini, ruangan komen di Tiktok dihujani dengan kata-kata syukur dan kasih sayang seekor ibu kucing.

bawa

bawa

“Kasih sayang ibu tak ada jual beli”

bawa

Walaupun situasi ini terjadi pada seekor haiwan kucing, namun nilai kasih sayang ibu yang ditunjukkan benar-benar menyentuh hati orang ramai.

Di sebalik kesusahan yang ditimpa, si meow tetap mengutamakan anaknya dan untuk itu penulis menyeru kepada anda semua agar jangan pernah lokek untuk bersedekah makanan pada kucing di jalanan.

Siapa tahu mungkin pemberian yang sedikit itu membawa erti yang besar buat si meow sekeluarga kan?

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: [VIDEO] Pasangan Kucing & Anjing Ini Tidak Mahu Berpisah Walaupun Sesaat

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!