"Sit, Speak, Spin, Play Dead" - Pemuda Tunjuk Kehebatan Kucingnya Buat 'Trick', Buat Netizen Kagum Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

“Sit, Speak, Spin, Play Dead” – Pemuda Tunjuk Kehebatan Kucingnya Buat ‘Trick’, Buat Netizen Kagum

Share
Kucing trick

Antara perkara yang sering dibanggakan oleh pemilik anjing kepada pemilik kucing adalah kehebatan haiwan peliharaan mereka untuk melakukan trick dan mendengar arahan mereka.

Kucing bukanlah haiwan yang suka menuruti perintah atau arahan lebih-lebih lagi daripada manusia kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah ‘bos’.

Tetapi pemuda di TikTok ini membuktikan bahawa kucing juga tidak mustahil untuk dilatih mengikut arahan dan melakukan trick seperti anjing.

Dalam satu video yang popular di TikTok @holly.gittins, lelaki itu menunjukkan kehebatan kucingnya melakukan trick seperti duduk, berpusing dan bercakap.

Video berkenaan menjadi tular dan mendapat lebih 16.6 juta tontonan serta lebih 5 juta likes.

Menurut pemilik akaun TikTok itu, Holly, di ruangan komen, lelaki itu merupakan adiknya dan pada awalnya, adiknya itu mahukan anjing sebagai haiwan peliharaan tetapi keluarganya lebih sukakan kucing.

Ini mungkin situasi yang sesuai untuk menggambarkan pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Tak dapat bela anjing? Latih kucing anda menjadi anjing.

Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!