"Sit, Stay" - Kehebatan Kucing Ini Dengar Kata Walaupun Makanan Depan Mata Buat Netizen Kagum );

Type to search

Cerita Haimeow

“Sit, Stay” – Kehebatan Kucing Ini Dengar Kata Walaupun Makanan Depan Mata Buat Netizen Kagum

Share
Kucing dengar kata

“Anjing mempunyai pemilik, kucing mempunyai staf”

Frasa ini menunukkan bahawa anjing adalah haiwan yang boleh dilatih untuk menuruti arahan tuannya manakala bagi kucing pula, tuannya yang harus menuruti kehendak dan arahannya.

Boleh dikatakan agak mustahil untuk melatih kucing supaya mendengar arahan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan. Tetapi mungkin kucing dalam video TikTok di bawah ini boleh membuatkan anda kagum.

Kebiasaannya, kucing pasti akan mengiau dan cuba menyambar makanan ketika tuan mereka sedang menyiapkan makanan mereka, lebih-lebih lagi makanan basah. Tetapi tidak bagi kucing bengal ini.

Bukan itu sahaja, ia kekal duduk dan menunggu sehinggalah tuannya memberikan ‘lampu hijau’ untuk makan.

@outdoorbengal

Does your cat get nuts when you crack a can of wet food? ##catdad ##fyp ##catsoftiktok ##cattraining ##cattrick

♬ Quirky - Oleg Kirilkov
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!