Kehebatan Kucing Ramai Tak Tahu Last Sekali Baca Betul-Betul

Type to search

Cerita Haimeow

6 Kehebatan Kucing Ramai Yang Tak Tahu, Yang Last Sekali Baca Betul-Betul

Share

Haiwan berbulu dan berkaki empat ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun tingkah laku yang seperti ‘i dont care’, tetapi kucing mempunyai pandangan yang peka terhadap sekeliling.

Selain pandai memburu, kucing mempunyai kehebatan yang tersembunyi. Kepada yang masih tidak tahu apa keistimewaan kucing, artikel ini khas untuk anda. Point yang terakhir adalah perkara yang paling penting!

Kucing Tertua

Dikatakan Rubble adalah kucing tertua di dunia yang pernah direkodkan malangnya Rubble mati pada pertengahan tahun 2020 ketika berusia 31 tahun atau lebih 100 tahun jika dibandingkan dengan umur manusia.

Pandangan Mata

Anak mata kucing akan berubah mengikut keperluan seperti dalam keadaan gelap, ketika memburu atau gembira. Setiap renungan kucing membawa maksud tersendiri.

Pemburu

Kucing adalah pemburu yang baik dan mampu hidup lebih lama dalam hutan berbanding anjing. Keupayaan memburu untuk mencari makan dan peka terhadap sekeliling membuatkan kucing boleh bertahan lama untuk hidup.

Cara Belaian

Rasanya ramai sudah tahu spot sensitif kucing ketika dibelai. Di bahagian kepala, bawah dagu dan pipi. Tetapi tempat yang kucing tidak suka disentuh adalah bahagian ekor. Jika kucing bunting, jangan sesekali cuba sentuh perutnya. Ia membuatkan kucing marah.

Kucing Tahu Namanya

Untuk pengetahuan semua, kucing sebenarnya tahu nama panggilan yang diberi. Kucing sangat sensitif apabila namanya dipanggil, lihat pada pergerakan telinga dan kepalanya, mereka peka dan tahu. Tetapi kucing adalah sejenis haiwan yang tidak mengambil kisah jadi mereka akan abaikan walaupun namanya dipanggil berulang kali. They are hearing, but not listening.

Lelaki Suka Kucing

Kajian mengatakan lelaki yang memelihara kucing dan sayangi kucing lebih menarik bagi pandangan wanita. Kebanyakan wanita mudah ‘cair’ dengan lelaki yang menyayangi haiwan terutama kucing kerana mempunyai sifat lemah lembut dan penyayang. Jadi, siapa lelaki yang sayang kucing, boleh DM sekarang!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!