Kelab Kucing Malaysia Anjur Rumah Terbuka "Si Meow Beraya 2022" - Kucing Berbusana Baju Melayu, Bertanjak & Bersongkok );

Type to search

Cerita Haimeow Pilihan Haimeow

Kelab Kucing Malaysia Anjur Rumah Terbuka “Si Meow Beraya 2022” – Kucing Berbusana Baju Melayu, Bertanjak & Bersongkok

Share
rumah terbuka

Buat julung kalinya, Kelab Kucing Malaysia (KKM) mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Plaza Shah Alam setelah setelah dua tahun tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menurut Presiden KKM, Khalid Rashid, tujuan kelabnya menganjurkan majlis rumah terbuka Si Meow Beraya adalah sebagai tanda berterima kasih kepada media kerana telah banyak membantu dan menaikkan jenama Kelab Kucing Malaysia.

Tambahnya lagi, aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan KKM dan pengamal media.

rumah terbuka

“Kita juga ada penyerahan sumbangan daripada DYMM Tunku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin, Persatuan ASAS, dan KKM kepada Puan Fauziah Samad yang merupakan bekas wartawan hiburan NST”, kata Khalid.

Sumbangan yang diberikan berbentuk sebuah kerusi roda elektronik yang merupakan keluaran terbaharu.

Terdapat 10 ekor kucing yang telah menggayakan busana baju raya, dipakaikan tanjak dan songkok sempena sambutan majlis rumah terbuka ini.


BACA JUGA: Anda Mempunyai Kucing Di Rumah? Jangan Abaikan 7 Perkara Ni Kalau Inginkan Si Bulus Sihat


rumah terbuka
rumah terbuka

Nurmayani Asmuni, 25, teruja bersama kucing peliharaannya Lion King, memakai baju raya ketika hadir pada Si Meow Beraya di Plaza Shah Alam.  

“Lion king ni dah jadi peneman saya. Saya kerja di butik, jadi kadang-kadang saya bawa je Lion king ke butik untuk teman saya bekerja,” kata Nurmayani.

Nurmayani turut berkata bahawa kucing itu sudah biasa dipakaikan baju, jadi tidak susah untuk Lion King memakai baju raya untuk tahun ini. 

Terima kasih diucapkan kepada Presiden Kelab Kucing Malaysia yang sudi menjemput HaiMeow bagi memeriahkan majlis. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!