Kelakuan Aneh Kucing Selamatkan Keluarga Di Mersing Daripada Ular Sepanjang 2.5 Meter Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Kelakuan Aneh Kucing Selamatkan Keluarga Di Mersing Daripada Ular Sepanjang 2.5 Meter

Share
Kucing ular tedung

Kelakuan aneh seekor kucing peliharaan berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada menjadi mangsa seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter.

Dalam kejadian jam 11.02 pagi yang berlaku di Felda Lembaga Batu 5, Jalan Endau-Mersing itu, pemilik kediaman menyedari kehadiran ular berkenaan selepas melihat kucingnya ‘berperangai pelik’ berhampiran kawasan tandas.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, PBK II Mohd. Supian Yahya berkata, seramai sembilan anggota dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kami dimaklumkan pemilik rumah bahawa kejadian itu disedari selepas mereka melihat reaksi pelik seekor kucing yang dibela berhampiran bilik air rumah berkenaan.

Foto: JBPM Johor

“Melihat keadaan itu pengadu cuba memeriksa kawasan bilik air dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar berada di belakang sebuah baldi dalam bilik air terbabit,” katanya kepada Utusan.

Menurut Supian, pihaknya mengambil masa 8 minit untuk menangkap ular tersebut dengan menggunakan dua penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk.

Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!