Kenapa Kucing Suka Beri "Hadiah" Kepada Tuanya ? - Verst Cerita

Type to search

Cerita Haimeow

Kenapa Kucing Suka Beri “Hadiah” Kepada Tuanya ?

Share

Ada sesetengah kucing sangat suka membawa pulang “hadiah” kepada tuanya. Ada yang berpendapat bahawa mereka sangat sayangkan tuan mereka dan ingin menghadiahkan sesuatu.

Tetapi kadang-kala apa yang dibawa pulang tidak boleh diterima atau menggelikan untuk disentuh. Tetapi itulah yang kucing suka. Sebagai contoh cicak,tikus bahkan ular.

Sebenarnya, apa alasan di sebalik perangai kucing yang suka membawa “hadiah” tersebut ? Mari kita sama-sama lihat.

1. Dahulunya kucing anda merupakan kucing liar

Tahukah anda, sebenarnya asal usul kucing ialah dari hutan. Mereka memiliki keinginan untuk memburu yang sangat kuat. Mereka juga merupakan haiwan karnivor. Mereka sangat suka mengejar binatang yang aktiv dan menarik perhatian mereka.

2. Kucing mengajar anaknya memburu dengan membawa bangkai

Ibu kucing akan mengajar anaknya dari kecil untuk memburu. Si ibu akan membawa hasil buruan yang luka atau sudah mati di depan anaknya dan si ibu akan memakan haiwan tersebut. Anak kucing akan belajar dari ibu dan tahu cara untuk bertahan dalam hidup

3.Perangai memburu yang masih dimiliki hingga ke hari ini

Kucing merupakan haiwan liar yang suka memburu dan membunuh. Walaupun mereka kucing yang mahal dan berbaka cantik, perangai memburu mereka tetap ada di dalam diri dan tidak dapat dielak. Walaupun mereka sebenarnya haiwan yang jinak, jangan sesekali tertipu dengan kecomelan mereka okay ! Mereka sangat sukakan gigi yang taring dan kuku yang tajam

4.Kucing tahu bahawa tuanya tidak pandai memburu

Kucing anda selalu bawa balik hasil buruan ke rumah anda ? Jelas sekali anda seorang yang tidak pandai memburu. Kucing dapat merasa bahawa manusia tidak pandai memburu untuk mecukupi keperluan hidup. Jadi berterima kasih kepada kucing kesayangan anda okay !

5.Mereka ingin mengajar tuan mereka untuk memburu

Seperti mengajar anak, mereka juga akan mengajar tuan mereka cara untuk memburu dengan membawa hasil buruan sebagai “hadiah” kepada tuanya.

6. Kucing betina lebih suka memburu

Dipetik daripada PetMD, kucing betina lebih suka membawa “hadiah” kepada tuanya. Lagi-lagi kucing yang mandul ataupun tidak mempunyai anak. Ini kerana, selalunya si ibu yang akan bertanggugjawab untuk mengajar anak mereka untuk memburu. Oleh kerana kucing betina tidak ada anak, mereka akan mengajar tuanya untuk memburu.

Apa yang pasti, perangai kucing yang suka memburu dan membawa pulang “hadiah” kepada tuanya tidak boleh dihentikan. Biarkan sahaja mereka berseronok dengan alam semula jadi keliling mereka.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!