"Ya Encik Oyen, Nak Pergi Mana?" - Tular Kerenah Si Oyen 'Request' Nak Pergi KLCC );

Type to search

Cerita Haimeow

“Ya Encik Oyen, Nak Pergi Mana?” – Tular Kerenah Si Oyen ‘Request’ Nak Pergi KLCC

Share
klcc

Kerenah si kucing oren (oyen) kadang-kala mencuit hati kita. Video yang tular di laman media sosial memaparkan oyen ‘request’ pada pemandu bas untuk pergi ke KLCC.

Melihat bas itu terbuka, Encik Oyen terus naik bas tersebut dan bertanya pada pemandu bas itu.

Pemandu bas yang dikenali sebagai Apai Wanakashie, berkongsi video tersebut di laman media sosial yang menunjukkan beliau ‘terpaksa’ layan kerenah pelanggan berkaki empat yang ‘demand’ hendak pergi KLCC pada lewat malam.

Lihat video di bawah:

Artikel berkaitan: Kucing Oyen Tewas Di Tangan Kucing Kelabu? Kerana Ketakutan, Almari Tinggi Pun Sanggup Diredah

oyen
Tangkapan skrin melalui video Facebook Apai Wanakashie.

Antara perbualan Encik Oyen.

Pemandu: Encik Oyen, nak pergi mana?

Oyen: * meow *

Pemandu: KLCC?

Kucing: * meow *

Pemandu: KLCC dah tutup lah.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas berbual bersama pemandu bas tersebut, dia terus menuju ke bahagian belakang dalam bas dan mengambil tempat untuk duduk.

Pemandu bas itu kemudian memujuk kucing oren itu untuk keluar dan memberikan makanan kepadanya.

Gelagat kucing oren ini walau bagaimanapun, mendapat perhatian dari RapidKl juga dan berkongsi di laman Twitter mereka.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!