Ketahui Sebab Kenapa Ibu Kucing Memakan Anaknya Sendiri );

Type to search

Cerita Haimeow

Ketahui 4 Sebab Kenapa Ibu Kucing Makan Anaknya Sendiri

Share

Kucing makan anak mereka sendiri bukanlah satu benda yang aneh dan pelik kerana ia sudah menjadi satu fitrah bagi habitat haiwan ini malah haiwan lain di luar sana. Terdapat beberapa faktor yang mendorong melakukan perbuatan tersebut.

Sebagai tambahan, selain memakan mereka si ibu kucing juga kerap kali mengabaikan anak mereka seandainya mereka tidak suka dengan kehadiran anak mereka.

1. Anak Yang Banyak

Apabila si ibu melahirkan anak dalam jumlah yang agak banyak, ia mempengaruhi masalah penyusuan anak-anak kucing. Stres akan membebani si ibu kerana harus memberi sus dalam jumlah yang agak banyak sehingga badannya kemungkinan kehabisan susu.

Anak Kucing, Kucing, Licik, Hewan, Makro

Anak kucing pasti akan mati jika kekurangan susu dari ibunya dan jika ada yang mati, si ibu akan memakan anaknya yang mati bagi mengelakkan dari berlaku penyebaran kuman dan penyakit ke anak-anaknya yang lain.

Anda sebagai pemilik kucing perlu lebih peka dengan keadaan ini. Anda boleh mengasingkan anak-anak kucing dan memberi mereka susu yang bersesuaian dengan anak kucing. Jangan beri mereka sus lembu kerana dikhuatiri boleh menyebabkan masalah cirit-birit.

2. Ibu Yang Muda

Naluri seekor ibu kucing yang masih muda mungkin belum bercambah bagaimana naluri ibu kucing yang sudah dewasa. Mereka tidak mampu untuk menjaga dan memberi mereka susu, lalu menghalau dan mengabaikan anak-anaknya. Sifat mereka ketika itu lebih kepada ingin bermain, luangkan masa sendirian dan bebas.

Kucing, Anak Kucing, Kucing Bayi

Mereka melihat anak-anak mereka itu sebagai satu identiti yang pelik dan ancaman kepada mereka jadi mereka pun memakan anak mereka bagi menjamin keselamatan dirinya. Sifat mereka ini bukanlah kerena mereka sombong tetapi sudah menjadi fitrah asal kucing yang masih muda.

Untuk mengelakkan dari berlakunya perkara ini, kawal pergerakan kucing betina anda yang masih berumur 6 hingga 8 bulan kerana pada usia tersebut mereka sudah bersedia untuk mengawan dan jangan biarkan mereka bercampur dengan kucing jantan.

3. Anaknya Sakit Dan Cacat

Terdapat beberapa pendapat bahawa si ibu memakan anaknya yang cacat dan tidak sihat kerana mereka merasakan bahawa anaknya tidak mempunyai masa yang lama dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

Ia juga berbuat demikian demi melindungi anaknya lain agar tidak terpengaruh dari penyakit yang datang dari anaknya yang cacat dan sakit itu. Ia menunjukkan naluri keibuan mereka kuat untuk menyatakan bahawa anak mereka itu tudak mempunyai masa depan yang cerah.

4. Suasana Yang Tidak Aman

Si ibu kucing akan merasa bahawa sekeliling mereka tidak aman dan selamat untuk mereka duduk. Hal ini kerana mereka takut bahawa kuicng-kucing dewasa yang lain menggangu anak-anaknya yang masih kecil.

Jadi ia bertindak memakan anaknya kerana ingin menyelamatkan anak-anaknya dari bahaya yang lebih besar. Sebab itu kucing betina sering bersalin di tempat yang gelap dan jauh dari pandangan orang ramai. Ia merasa aman dan selamat dari sebarang bahaya yang akan menimpa anak-anaknya.

Kucing, Ibu Dan Bayi, Keluarga

Sumber: Perromart

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!