Berhenti Jadi Cikgu, Kini Pereka Kostum Untuk Si Bulus );

Type to search

Cerita Haimeow

Berhenti Jadi Cikgu, Kini Pereka Kostum Untuk Si Bulus

Ain Huda
Share

Idea kretif membuat kostum kucing dapat sambutan sejak tiga tahun lalu dan mendapat pulangan sekurang-kurangnya RM870 sebulan menjual kostum kucing empat helai sehari.

Fredi Lugina Priadi, 39, berasal dari Bogor, Selatan Jakarta menjual busana kucing RM20 hingga RM40 sehelai bergantung pada jenis fesyen.

Lebih menarik Fredi adalah seorang guru dan bertukar kerjaya sebagai pereka fesyen kucing. Sebelum itu, beliau telah cuba pelbagai perniagaan seperti menguruskan bengkel motor.

Sumber mengatakan sepupunya adalah pecinta kucing dan memberi idea untuk mereka kostum unik dan menarik. Fredi merasakan idea tersebut pelik.

Namun Fredi cuba menjahit kostum di bengkelnya dan tidak menjangka hasil busana kucing mendapat permintaan yang menggalakkan.

Pelbagai kostum direka khas untuk si bulus seperti pakaian doktor, kartun animasi Naruto, hijab dan jubah graduasi.

Jom tengok Instagram Fredi Lugina untuk melihat hasil kreatifnya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!