Kucing Jadi Adiwira Penyelamat Bumi? Jom Lihat Bagaimana Rupa Si Meow Sebagai Anggota 'Marvel' );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Jadi Adiwira Penyelamat Bumi? Jom Lihat Bagaimana Rupa Si Meow Sebagai Anggota ‘Marvel’

Share
adiwira

Peminat filem terbitan Marvel semestinya cukup menggemari watak-watak adiwira seperti Spiderman, Iron Man, Black Panther dan lain-lain. Dalam pada itu, pernahkah anda terfikir bagaimana jika kucing menganggotai ahli kumpulan Marvel?

Kita sedia maklum bahawa haiwan pemangsa seperti harimau, singa dan naga sering dijadikan sebagai salah satu daripada haiwan yang melambangkan semangat kekuatan seorang adiwira, namun bagaimana pula dengan kucing? Adakah mereka tidak layak diangkat sebagai watak adiwira seperti haiwan yang lain?

Buat peminat kucing di luar sana, pastinya kehadiran kucing sangat-sangat dinantikan semua kan? Memilik kepakaran dalam seni lukisan, artis pelukis berasal dari Indonesia ini telah menghasilkan beberapa lakaran yang menggambarkan si meow sebagai watak adiwira ‘Marvel’.

 

Antcat

adiwira

Kucing sebagai ‘Ant Man’? Seperti yang kita ketahui Ant Man berupaya menukarkan saiz badannya kepada saiz gergasi.

Kalau kucing jadi sebesar bangunan habis la dicakarnya Menara KLCC nanti kan?

 

Spider Cat

adiwira

Kucing dan labah-labah? Siap sedia untuk digigit ye semua..

 

Cathanos

adiwira

Selain daripada watak adiwira, si meow juga turut sesuai jika dijadikan sebagai salah satu daripada watak jahat di ‘Marvel’.

Thanos merupakan penjahat yang paling digeruni pihak Marvel. Apa akan jadi sekiranya kucing dijelmakan sebagai watak Thanos?

Sekali petik sahaja makanan wetfood dan kibbles sampai atas meja ye ceng..

 

AquaCat

adiwira

Air merupakan salah satu daripada perkara yang amat dibenci dan ditakuti si meow.

Namun kelemahan itu telah berjaya menarik perhatian pelukis Fajareka Setiawan untuk menjadikan kucing sebagai watak adiwira Aquacat. Memiliki badan yang yang berbulu dan bersisik, kecomelan si meow sama sekali tidak berubah terutamanya si oyen.

Lagi mudah la dorang nak tangkap ikan di laut kan?

 

Blackkitten

Menurut penulis, ini merupakan watak adiwira yang paling sesuai dijelmakan oleh si meow.

Manakan tidak, lihat saja wajah si meow yang garang dan gagah di atas, nampak bergaya betul si meow dengan sut hitam kan!

Kalau kucing macam ni, harimau kumbang pun boleh tumbang!

adiwira

Melihatkan kesemua hasil lukisan di atas, jelaslah bahawa Fajareka Setiawan sememangnya meminati watak adiwira Marvel dan juga pencinta kucing.

Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan dan hasil seni lukisan beliau yang lain, boleh lihat di Instagram dan DeviatArt, ataupun klik di sini untuk melihat porfolionya.

 

[Sumber: pupperish]

 

Baca Juga: Akibat Tak Menyahut Panggilan, Kucing Ini Diseret Anjing Bawa Menghadap Pemiliknya

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!