"Bukan Macam Tu Lah, Meh Kita Ajar" - Tak Sabar Tengok Budak Tak Reti Buka Pintu, Kucing Tunjuk Cara Yang Betul Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

“Bukan Macam Tu Lah, Meh Kita Ajar” – Tak Sabar Tengok Budak Tak Reti Buka Pintu, Kucing Tunjuk Cara Yang Betul

Share
kucing ajar buka pintu

Mungkin ramai yang tidak mengetahui kucing merupakan salah satu haiwan yang paling bijak di dunia.

Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa si bulus mempunyai tahap intelektual yang tinggi dalam kalangan haiwan.


Baca Juga: “Sit, Speak, Spin, Play Dead” – Pemuda Tunjuk Kehebatan Kucingnya Buat ‘Trick’, Buat Netizen Kagum


Menurut saintis, kucing mempunyai keupayaan untuk mempelajari maklumat baharu, menggabungkannya dengan maklumat sedia ada, mengingatnya dan menggunakan maklumat tersebut dalam situasi yang lain.

Video di bawah ini mungkin boleh membuktikan perkara itu.

Pernahkah anda melihat si bulus anda membuka atau cuba membuka pintu? Jika ya, mungkin ia pernah melihat anda membuka pintu dan mempelajarinya.

Satu video tular di TikTok @jamaluddinnani menunjukkan kucing mengajar seorang kanak-kanak membuka pintu.

Si bulus tersebut melihat kanak-kanak tersebut cuba membuka pintu dengan memusing bahagian kuncinya.

Setelah melihat kanak-kanak itu cuba beberapa kali, si bulus itu menyuruh kanak-kanak itu ke tepi dan menunjukkan cara betul untuk membuka pintu, iaitu dengan menarik tombol.

Baca Juga: Lihat Gelagat Kucing Ini Pura-Pura Tak Bersalah Lepas Jatuhkan Kipas, Siap Berlakon ‘Confuse’ Lagi Depan Tuannya


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!