Kucing Pandai Ambil Hati Terus Jadi Haiwan Peliharaan Tetap

Type to search

Cerita Haimeow

Pandai Ambil Hati Pemilik, Daripada Kucing Angkat Terus Upgrade Sebagai Haiwan Peliharaan Tetap

Share
tetap

Kucing istimewa yang dilahirkan tanpa dua kaki hadapan berjaya membuktikan dirinya sama seperti kucing lain yang sempurna anggota badan. 

Seperti yang kita tahu, bila kucing atau sesiapa yang memiliki kecacatan pasti memerlukan perhatian yang lebih dari penjaga mereka. Yelah, macam mana nak gerak ke sana ke sini kalau tak cukup kaki?

Joey, kucing yang dilahirkan dengan kecacatan dua kaki hadapannya telah dijadikan sebagai kucing angkat (pada mulanya) kepada Grace yang juga telah memiliki beberapa haiwan peliharaan yang lain di rumah. 

Kini, Joey telah menjadi sebahagian daripada keluarga Grace yang tetap, bukan hanya ahli keluarga angkat lagi.

Kisah Joey si kucing istimewa

Grace Choi merupakan ahli Boomers Buddies Rescue di Los Angeles dan merasakan pada mulanya Joey tidak sesuai bersama dengan keluarganya kerana risau akan keberadaan Joey yang ketika itu dalam ketakutan.

Tetapi, disebalik mata yang dalam ketakutan itu, Joey ada hidden gems – mempunya jiwa yang indah yang ingin disayangi oleh Grace.

tetap

Ketika Grace dapat mendekati Joey dan menyentuh atas kepalanya dengan perlahan, Joey pada awalnya terkejut tetapi segera diatasi dengan keselesaan yang diberikan kepadanya.

Tiba-tiba, dia berguling-guling sebagai tanda untuk belly rubs dan mula mengeluarkan suara yang cukup comel. Dia malah selesa untuk menggaru punggungnya tanpa rasa takut pada Grace.

“Setelah sebulan menjaganya, saya terkejut dengan transformasi Joey yang rupanya dia sangat manja dan pandai menyesuaikan diri!

tetap

Hari demi hari, Joey berjaya keluar dari dunia suramnya dan keperibadian sebenarnya mula muncul.

Ini dapat disaksikan Grace sewaktu Joey melihat scratcher buat pertama kalinya, dia segera menggunakannya dengan baik dan memberikan kukunya manikur terbaik!

Terdahulu, kami mempunyai segelintir pemohon, dan walaupun ada yang hebat, sayangnya tidak ada yang memenuhi spesifikasi kami. Sambil sabar menunggu seseorang yang sempurna untuk datang, saya semakin jatuh cinta kepada Joey.

“Saya bersumpah seolah-olah dia menghabiskan bulan terakhir untuk meyakinkan saya untuk menjaganya,” jelas Grace lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!