Seorang warga emas berumur 83 tahun berjaya diselamatkan apabila kucing miliknya mengiau dengan kuat meminta bantuan penyelamat yang sedang mencari mangsa.
Menerusi laporan Sky News, warga emas tersebut dikatakan hilang di kawasan Bodmin, Cornwall, United Kingdom (UK), dan pasukan bomba dan penyelamat memutuskan untuk mencari mangsa di kawasan sekitar.
BACA: Kelakuan Aneh Kucing Selamatkan Keluarga Di Mersing Daripada Ular Sepanjang 2.5 Meter
Kucing mangsa, Piran, mengiau dengan kuat di hujung ladang jagung menyebabkan salah seorang anggota bomba mula mencari di kawasan tersebut.


Setelah meneliti kawasan Piran berbunyi dengan kuat, pemilik kucing tersebut didapat tejatuh di sisi tunggul dalam gaung sekitar 70 kaki (21 meter) ke kawasan hutan.
Pasukan bomba terus memulakan operasi untuk selamatkan warga emas tersebut bersama dengan bantuan penyelamat pakar air.

Warga emas tersebut walau bagaimanapun, masih hidup berkat bantuan Piran yang membantunya tunjuk arah dia terjatuh.
Dia dibawa oleh ke hospital berdekatan dan menerima rawatan sehingga stabil. Pemilik Piran berkata kepada polis “Piran The Cat, saved the day!“.