Kucing Berani Halau Gajah Di Thailand Tarik Perhatian Ramai
Share

(Sumber Gambar: Daily Mail)
Seekor kucing peliharaan dengan beraninya menghalau pergi seekor gajah berukuran empat tan yang berkeliaran di kebun tuan si kucing tersebut untuk mencari makan.
Kucing tersebut yang diberi nama Simba terbangun dari tidur setelah mendengar bunyi gajah tersebut yang sedang mencari makanan di Nakhon, Nayok selasa lepas.
Bagaimanapun Simba tidaklah takut atau gerun melihat gajah tersebut walhal ianya mampu menyerang Simba dengan sekali libas sahaja.
Namun apa yang memeranjatkan ialah gajah tersebut takut dan berlari setelah melihat Simba memarahinya.
Tuan Simba juga menyatakan bahawa kucingnya itu agak agresif dan tidak suka haiwan lain memasuki kawasannya.
Penduduk setempat mengatakan bahawa mereka mengenali gajah tersebut dan memanggilnya Pai Salick dan ia terkenal kerana sering pecah masuk ke kebun orang untuk mencari makan.
(Sumber Gambar: Daily Mail)
Sumber: Daily Mail