[Video] Aksi Kucing Berani Berhadapan Dengan Coyote Dan Kejar Sampai Lari Tak Cukup Tanah

Type to search

Cerita Haimeow

[Video] Aksi Kucing Berani Berhadapan Dengan Coyote Dan Kejar Sampai Lari Tak Cukup Tanah

Share
kucing kejar coyote

Di negara-negara yang terdapat coyote seperti Kanada, kucing sering kali menjadi mangsa apabila berhadapan dengan spesis anjing itu.

Tetapi tidak bagi seekor kucing hitam di Vancouver yang berani mempertahankan kawasannya dari diceroboh oleh seekor coyote.

Anggota polis Port Moody berjaya merakam aksi kucing tersebut ketika sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.

Pihak polis Post Moody memuatnaik video berkenaan di Twitter mereka dengan kapsyen: “Perkara yang anggota kami lihat ketika melakukan rondaan pada pukul 4 pagi… kucing 1 coyote 0”

Coyote berkenaan sedang berjalan di hadapan sebuah kereta di sebuah kawasan parkir kenderaan apabila seekor kucing hitam tiba-tiba muncul dan terus mengejarnya.

Terkejut melihat kucing itu, coyote tersebut terus membuka seribu langkah menyelamatkan diri, manakala kucing tersebut terus mengejar sehingga ke kawasan gelap.

“Kami mengikuti coyote itu sehingga ke luar kawasan. Dan kucing yang sama dilihat melakukan rondaan di kawasan parkir kereta sama pagi ini!” tulis pihak polis tersebut dalam satu tweet yang berlainan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!