Macam Real! Kucing Calico 3D Muncul Di Papan Iklan Di Shinjuku Tokyo );

Type to search

Cerita Haimeow

Macam Real! Kucing Calico 3D Muncul Di Papan Iklan Di Shinjuku Tokyo

Share

Jepun dan kemajuannya berpisah tiada.

Baru-baru ini mereka telah ‘mengejutkan’ orang awam di Tokyo yang lalu di salah satu stesen kereta api yang paling sibuk di bandar ini dengan kemunculan papan iklan 3D seekor kucing gergasi jenis calico.

Macam real!

Video yang dimuatnaik di Twitter pada 5 Julai jam 3:30 petang, menunjukkan kucing calico itu dilihat sedang mengiau ketika bergerak ke depan dan belakang di bandar Shijuku.

Bersiaran antara jam 7 pagi hingga 1 pagi, kucing calico akan hanya terbangun apabila skrin menyala pada waktu pagi, dan pada waktu petang pula ia dilihat berdiri dan mengiau pada pejalan kaki di kawasan bandar Shinjuku.

Kemudian, pada penghujung hari ia akan tertidur dengan kepalanya di atas kaki, sebelum skrin papan tanda dimatikan pada pukul 1 pagi.

shinjuku

Sumber foto: cross_s_vision

 

shinjuku

Sumber foto: Rico_vl

Tayangan Perdana 12 Julai

Menurut laman web Cross Shinjuku Vision, kucing tersebut telah dijadualkan untuk membuat debut rasmi pada 12 Julai.

Walaupun paparan belum dilancarkan secara rasmi lagi, siaran percubaan telah dilakukan sejak bulan lepas.

Seperti yang dapat kita lihat ‘kucing Shinjuku’ telah menarik perhatian secara dalam talian, apabila rata-rata pengguna memuji dan menyatakan kehairanan mereka terhadap teknologi tersebut.

Timeout melaporkan bahawa papan iklan digital memiliki ketinggian lebih dari tiga tingkat, dan menampilkan skrin LED melengkung yang dapat memaparkan gambar 4K.

Iklan ini telah mengingatkan pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, dimana Malaysia juga mempunyai iklan 3D yang serupa seperti ‘kucing shinjuku’.

shinjuku

Sumber foto: gempak

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!