Kucing Anda Kuat Cemburu? 5 Sebab & Cara Untuk Mengatasinya );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Anda Kuat Cemburu? 5 Sebab & Cara Untuk Mengatasinya

Share
cemburu

Bukan manusia sahaja yang pandai cemburu tau! Malahan kucing juga mempunyai sifat cemburu. Jika manusia boleh dipujuk dengan kata-kata dan pujukan, kucing pula bagaimana?

Perangai kuat cemburu juga dapat dilihat dengan jelas jika dia membuat bunyi mengeram dan memukul objek berdekatan. Setiap makhluk yang dicipta mempunyai perasaan sama seperti manusia. Sebagai penjaga kucing, kita perlu menjaga perasaan kucing peliharaan.

Berikut merupakan lima penyebab kucing anda memendam perasaan cemburu.

cemburu

Apakah Penyebab Kucing Cemburu ?

1. Sama seperti manusia, kucing juga boleh cemburu jika anda meluangkan masa bersama kucing lain atau anggota keluarga baru yang menyebabkan si comel kesayangan terasa disisihkan.

2. Perubahan rutin harian pemakanan kucing juga merupakan salah satu faktor mereka akan menjadi cemburu. Perangai cemburu mereka boleh membawa masalah kepada anda kelak.

3. Kurang ruang peribadi atau barang kegemarannya diberikan kepada kucing lain boleh menjurus kepada tingkah laku cemburu itu.

4. Kehadiran kucing baru atau ahli keluarga baru.

5. Berpindah ke tempat baru.

cemburu sunyi

Kelakuan yang ditunjukkan jika cemburu

1. Membuat bunyi garang atau kurang menyenangkan.

2. Mengigit atau memukul objek yang mereka cemburu.

3. Menjadi agresif dengan mencakar dan merosakkan barang rumah.

4. Cuba alih perhatian anda daripada orang atau kucing lain dengan duduk di atas riba anda.

5. Kencing dan berak di luar litterbox yang disediakan.

cemburu

Cara Hadapi Kucing cemburu

1. Berikan banyak waktu kepada kucing

2. Bermain dengan peralatan kesukaan kucing seperti laser atau tongkat bulu

3. Memberi makanan kegemaran kucing seperti cat treats atau wetfood.

4. Tawarkan ‘hadiah’ sebagai ganjaran sekiranya kucing berkelakuan baik.

5. Berikan kucing ruang peribadi dan kawasan selesa untuk ‘beriadah’.

cemburu
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!