Kucing Clingy, Pemilik Rakam Video Aktiviti Bersama Cathode

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Clingy, Pemilik Rakam Video Aktiviti Bersama Cathode Sepanjang 6 Tahun Menjaganya

Share

Kehidupan Remy dilengkapi dengan seekor kucing clingy yang seakan memahami tuannya. Selama 6 tahun mereka hidup bersama, pasti ada kenangan berharga antara Remy dan Cathode.

Sebuah video yang dikongsikan di Twitter telah menyentuh ramai orang dengan sikap Remy yang menyayangi kucingnya lebih dari seorang manusia.

 

Mana taknya, Remy tinggal di sebuah apartment tanpa teman berupa manusia tapi itu tidak menjadi masalah buatnya kerana dengan kehadiran seekor kucing yang bernama Cathode sudah mengisi kekosongan tersebut.

Cathode merupakan kucing terbiar yang diletakkan di sebuah pusat perlindungan kucing. Pada 6 tahun lepas, Remy mengambil keputusan untuk membela kucing dan jadikannya sebagai teman.

“Enam tahun yang lalu, saya menginginkan seekor kucing, jadi saya pergi ke salah satu pusat perlindungan kucing di Perancis,”

“Sesampai di sana, kucing itu datang kepada saya dan tidak pernah melepaskan saya, dan dia adalah kucing yang bersama saya sekarang, Cathode,” kata Remy

Lalu, kisah mereka berdua pun bermula disitu.

Aktiviti Remy & Cathode

Menurut Remy, dia agak serba salah kerana hanya mampu menyediakan apartment buat Cathode, jadi sebarang aktiviti luar yang Remy mahu lakukan pasti dia akan membawa Cathode sekali.

Menerusi video tersebut, aksi Cathode yang memberi isyarat seperti berpusing secara bulatan di depan pintu, mencakar pintu dan membuat bising menandakan “ayah saya nak main diluar!”. Bijak kan Cathode ni?

 

Ini antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka berdua.

clingy
clingy

Tidak dilupakan keselamatan Cathode, sebagai ayah yang bertanggungjawab, Remy telah menghasilkan topi keledar khas buat kucingnya untuk dibawa bersiar-bersiar di luar. Berlatar belakangkan jurutera, proses pembuatan tersebut berjalan dengan lancar. Remy turut kongsikan video bagaimana dia lakukannya menerusi laman instagram.

clingy
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!