"Kucing Saya Pencuri" - Wanita Letak Papan Tanda Untuk Pulangkan Semula Barang Dicuri Kucingnya );

Type to search

Cerita Haimeow

“Kucing Saya Pencuri” – Wanita Letak Papan Tanda Untuk Pulangkan Semula Barang Dicuri Kucingnya

Share
papan tanda kucing pencuri

Apakah yang akan anda lakukan jika anda mengetahui bahawa kucing peliharaan anda adalah seekor pencuri yang kerap mencuri barangan jiran-jiran anda?

Adalah menjadi rutin bagi Kate Felmet untuk bersemuka dengan jiran-jirannya di kawasan Beaverton, Oregon dari pintu ke pintu untuk membuat permohonan maaf apabila kucingnya, Esme mencuri sesuatu daripada mereka.

Bercakap kepada Insider, Kate memberitahu bahawa kucingnya itu akan membawa pulang pelbagai jenis barang yang boleh dimuatkan di dalam mulutnya termasuk sarung tangan, pelitup muka dan lain-lain.

Esme membawa pulang pelitup muka. [Foto: Kate Felmet]

Katanya, Esme akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu ‘hadiah’ kepadanya dalam sehari sejak ia mula bermain di luar pada 2019. Pada mulanya, Esme hanya membawa pulang burung dan sampah.

“Ibu saya gemar melihat burung dan agak sedih, jadi saya mula memuji Esme jika ia membawa pulang sesuatu kepada saya kecuali burung.

“Setiap kali ia membawa pulang sesuatu, ia akan datang ke pintu belakang dan berteriak dengan kuat sehingga saya datang untuk memberitahunya “good job”,” kata Kate.

Sejak perintah berkurung bermula pada 2020, bilangan ‘hadiah’ yang dibawa pulang oleh Esme semakin meningkat dan ia akan membawa pulang beberapa pelitup muka dalam sehari. Menurut Kate, kucingnya itu pernah membawa pulang sehingga 11 pelitup muka dalam sehari.

Tetapi sejak April, Esme nampaknya sudah mempunyai sasaran baharu iaitu sarung tangan berkebun.

Esme dengan sarung tangan yang dibawa pulang. [Foto: Kate Felmet]

“Dalam satu minggu pada hujung April, ia membawa pulang dua pasang sehari. Jadi saya mempunyai 14 pasang dalam seminggu.

“Saya berfikir bahawa jika saya tidak melakukan sesuatu, rumah saya akan dibanjiri dengan barang-barang yang ia bawa pulang,” jelasnya.

Ketika itulah Kate memutuskan untuk membuat papan tanda dan meletakkan semua barang yang dicuri di kawasan hadapan rumahnya.

Papan tanda yang diletakkan di hadapan rumah Kate. [Foto: Kate Felmet]

“Kebanyakan mereka berasa terhibur,” kata Kate mengenai jiran-jirannya yang menjadi ‘mangsa’ Esme.

“Tetapi saya rasa agak janggal dengan sebuah keluarga yang mana Esme telah mencuri sepasang pelapik lutut yang sama dari garaj mereka sebanyak tiga kali.”

Sumber: Insider
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!