Kucing Ini Ditinggalkan Selama Dua Bulan Terpaksa Makan Kertas Demi Teruskan Hidup );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Ini Ditinggalkan Selama Dua Bulan Terpaksa Makan Kertas Demi Teruskan Hidup

Share

Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas.

Menerusi laporan Daily Star, Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.

Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.

BACA: Kucing Ini Menangis Di Hadapan CCTV Selepas Ditinggalkan Berseorang DI Rumah 

Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.

Finn kini enggan berada di samping manusia.

“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.

“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.

“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.

Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.

Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!