Kucing Oren Hampir Lemas Diselamatkan Pasukan Bomba );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Oren Hampir Lemas Diselamatkan Pasukan Bomba

Ain Huda
Share

Semalam seekor kucing yang hampir lemas berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba di sebatang sungai berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Kucing yang mempunyai berwarna oren bernasib baik tersangkut pada longgokan kayu dan sampah di tiang jambatan sungai itu.

Pasukan bomba menerima panggilan lebih kurang pada jam 5.17 petang dan tiba di tempat kejadian sebelum 15 minit kemudian.

Jentera bomba, sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berjaya menyelamatkan kucing dengan menggunakan kaedah rapelling dan sistem takal.

Kucing tersebut diserahkan kepada tuannya yang menunggu di tempat kejadian sepanjang operasi menyelamatkan kucing miliknya.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!