[VIDEO] Saat Mendebarkan Ketika Kucing Ini Hampir Terjatuh di Stadium Miami );

Type to search

Cerita Haimeow

[VIDEO] Saat Mendebarkan Ketika Kucing Ini Hampir Terjatuh di Stadium Miami

Share
stadium miami

Seekor kucing yang tergelincir dari tingkat atas menarik perhatian ramai selepas terjatuh di atas kain bendera bersaiz besar yang dipegang oleh beberapa penonton di stadium Miami, Amerika Syarikat (AS).

Kucing tersebut tidak mati dan cedera selepas haiwan itu terlebih dahulu bergayut pada wayar yang terletak pada dinding tingkat atas stadium untuk menyelamatkan diri.

Sejumlah penonton yang menyedari haiwan itu sedang bergayut kemudian merakamkan video mengenai kejadian tersebut.

BACA JUGA: Kucing Panjat Balkoni, Terjatuh Dalam Kereta Dari Tingkat 10

Seorang penonton pula dilihat menghulurkan sebelah tangannya sebagai usaha untuk mencapai kaki kucing tersebut tetapi dia gagal untuk berbuat demikian.

Haiwan itu juga cuba untuk mengelak daripada terjatuh namun kaki kirinya kemudian melepaskan pautan pada wayar tersebut.

stadium miami
Aksi mendebarkan seekor kucing ketika hampir tergelincir dari tingkat atas sebuah stadium di Miami.

Bagaimanapun, beberapa penonton yang berada di bawah kucing itu telah memegang bendera AS yang bersaiz besar sebagai persediaan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Kucing itu akhirnya jatuh di atas bendera tersebut dan seorang lelaki kemudian memegang haiwan berkenaan untuk ditunjukkan kepada para penonton bahawa ia masih lagi hidup.

[Kredit: Sinar Harian]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!