Kucing Jadi Hero Halang Ular Masuk Rumah Pemiliknya, Bertarung Selama 30 Minit );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Jadi Hero Halang Ular Masuk Rumah Pemiliknya, Bertarung Selama 30 Minit

Share
Kucing lawan ular

Kucing bukan sahaja dapat melindungi kita daripada hari yang buruk dengan telatah dan kecomelannya, tetapi uga boleh melindungi nyawa kita daripada pemangsa yang bahaya.

Itulah apa yang berlaku pada sebuah keluarga apabila kucing peliharaan mereka berani berhadapan dengan seekor ular tedung untuk menghalangnya daripada memasuki rumah.

Insiden berkenaan berlaku di Bhimatangi, India ketika Sampad Kumar Parida dan keluarganya tinggal sedang berada di rumah bersama kucing mereka, Chinu.

Kucing jantan itu yang menyedari kehadiran ular berkenaan terus mengawal pintu masuk rumah Parida untuk memastikan reptilia itu tidak masuk ke perkarangan rumah pemiliknya.

Menurut Parida, dia perasan Chinu itu berlari ke halaman belakang rumah. Dia kemudian mengekorinya itu dan melihat bahawa ia berdiri di hadapan ular tedung sepanjang empat kaki itu dan menghalangnya daripada memasuki rumah.

Parida berkata kedua-dua haiwan itu ada terlibat dalam pergaduhan tetapi Chinu tidak bergerak sedikit pun daripada tempatnya.

Selepas itu, dia segera memanggil pihak berkuasa untuk meminta pertolongan.

Seorang sukarelawan, Arun Kumar Baral, kemudian tiba ke rumah tersebut dan meleraikan suasana tegang itu.

“Kucing tersebut menghalang ular itu masuk sehiggalah saya sampai. Pertarungan berlangsung selama setengah jam tetapi mujur tidak ada yang cedera,” kata Arun.

Mereka kemudian memeriksa badan Chinu dan tidak menemui kesan gigitan di badannya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!