Kucing Hilang Ditemui 1,000 Dari Lokasi Asal Verst Cerita );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Hilang Ditemui 1,000 Dari Lokasi Asal

Share

Seekor kucing bernama Moota yang dikatakan hilang sejak lebih sebulan lalu berakhir selepas haiwan itu ditemukan di Bangkok, iaitu hampir 1,000 kilometer dari rumah tuannya di Hat Yai.

Penemuan kucing yang dilaporkan hilang di Bangkok itu didedahkan dalam laman Facebook ‘Traffic on the Si Rat – Outer Ring Road Expressway of Bangkok’.

Beberapa imej menunjukkan kucing berkenaan dalam keadaan sihat dan menaiki sebuah kenderaan.

Menurut anggota polis trafik yang berada di lokasi penemuan, dia dimaklumkan orang ramai bahawa kucing itu dilaporkan hilang sejak sebulan lalu di Bangkok oleh tuannya menerusi hebahan dalam media sosial.

Keadaan itu menyebabkan anggota polis trafik berkenaan memuat naik gambar kucing tersebut ke dalam media sosial dengan harapan dapat menemukan pemiliknya.

Beberapa hari kemudian, pemilik Moota, Baew Jiratsabok terbang ke Bangkok untuk mendapatkan semula kucingnya.

Baew percaya kucingnya boleh sampai ke Hat Yai dengan menaiki trak pikap atau kereta tanpa disedari pemandunya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang prihatin dengan kehilangan kucing saya, Kini, Moota sudah kembali dan diharapkan ia ‘mempunyai pengalaman menarik’ sepanjang kehilangannya,” kata Baew.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *