Kucing Ialah Haiwan Yang Bersih - Verst Cerita );

Type to search

Kucing Ialah Haiwan Yang Bersih

Cerita Haimeow

Kucing Ialah Haiwan Yang Bersih

Avatar
Share

Kita sedia maklum, Nabi sangat menegaskan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Bahkan dibolehkan berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing itu sendiri.

Kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria. Selain itu otonya juga boleh menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Perasan tak? Kita akan merasa kesat dari lidah kucing semasa mereka menjilat kita.Ini kerana permukaan lidah kucing dilapisi oleh berbagai benjolan kecil. Ia berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk seperti itu digunakan untuk membersihkan kulit.Lidah kucing bertindak sebagai alat untuk membersihkan bulu-bulu mati dan bulu yang tersisa di badan kucing

Diambil dari Ensiklopedia Mukjizat Alquran dan Hadis bahawa setelah melakukan penelitian terhadap berbagai cairan untuk membandingkan air liur manusia, anjing, dan kucing, Dr. Gen Gustafsin peneliti kesihatan haiwan menemukan, bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing. Kemudian manusia memiliki seperempat dari anjing, lalu pada kucing terdapat setengah dari kuman manusia.

Kucing sangat tidak menyukai air kerana mereka tahu air merupakan tempat sangat subur dalam pertumbuhan bakteria.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata,

“Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab,

“Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda,

“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!