Umum mengetahui bahawa kucing sangat takutkan air. Tidak kira la sama ada kucing jantan mahupun betina, kedua-duanya memiliki ketakutan yang sama.
Jika kucing takutkan air, maka bagaimana pula mereka mandi? Ini merupakan persoalan dan juga detik yang paling menggusarkan bagi setiap pemilik kucing kan?
Situasi lucu terjadi apabila perkongsian video tiktok di bawah menunjukkan si meow seakan-akan sedang merayu pada pemiliknya untuk dilepaskan.
Meskipun tiada sebarang reaksi ganas ditampilkan si meow, mukanya yang seakan merayu dan bersedih cukup mencuit hati.
Ini sebuah lagi perkongsian video yang menunjukkan wanita tersebut memandikan kucing-kucingnya yang lain. Riak wajah yang sama turut ditampilkan setiap kucing-kucing berkenaan.
Ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa daripada warganet yang nyata cukup terhibur dengan situasi mandi si meow!
Kucing korang takut air tak? Kalau ye, bolehlah cuba cara seperti video di atas.
[Sumber: Tiktok]
Baca Juga: Netizen Terkejut Oyen Selamba Lepak Dalam Sangkar Singa, Siap Kongsi Makanan Lagi