Kucing Jalanan Bijak Masukkan Kod Pintu Rumah, Akhirnya Tuan Rumah Terpikat Dan 'Adopt' Dirinya );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Jalanan Bijak Masukkan Kod Pintu Rumah, Akhirnya Tuan Rumah Terpikat Dan ‘Adopt’ Dirinya

Share
kucing bijak

Menurut saintis, kucing adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia. Namun, sejauh manakah kebijaksanaan kucing?

Mungkin anda pernah melihat kebijaksanaan kucing membuka pintu atau laci dan juga rak makanan, tetapi pernahkah anda melihat kucing membuka pintu yang menggunakan kunci elektronik berkod?

Seekor kucing jalanan di Korea Selatan kerap cuba memasuki sebuah rumah dengan menekan kod menggunakan kaki hadapannya.

Menurut pemilik rumah tersebut, kucing itu akan cuba memasuki rumah mereka lebih kurang 20 kali sehari dengan menekan kod pintu. Mereka mengatakan bahawa ia akan menggertak anjing mereka, Thor. Si isteri akan berusaha menjauhkan kucing liar itu, namun ia tetap kembali.

Mereka juga mendakwa bahawa kucing itu turut merosakkan pelindung plastik yang menutup sistem kunci pintu tersebut menggunakan kukunya.

Bukan itu sahaja, ia juga pandai menekan butang automatik yang terdapat di pintu utama kawasan apartmen berkenaan

“Ia melakukan perkara itu… kira-kira 20 kali sehari. Setiap kali ia terjaga, tak kira malam atau siang,” kata mereka kepada SBS.

Pasangan itu akhirnya membuat keputusan untuk membela kucing berkenaan dan menamakannya Dwae Bum. Mereka mendapatkan nasihat pakar bagi memastikan kedua-dua haiwan itu dapat hidup bersama dengan baik.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!