Kucing Jantan Makan Anak Kucing, Mengapa Tabiat Ini Berlaku? );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Jantan Makan Anak Kucing, Mengapa Tabiat Ini Berlaku?

Share

Biasanya kita akan lihat, ibu kucing akan memakan anaknya sendiri jika dia tahu anaknya tidak sihat atau tidak dapat diselamatkan.

Mungkin anda jarang perasan, tetapi sebenarnya kucing jantan juga ada yang memakan anak kucing. Walaupun bukan anaknya, dia tetap akan makan. Memang kelihatan kejam tetapi itulah lumrah kucing.

Tetapi tahukah anda, mengapa mereka memakan anak kucing walaupun itu bukan anak mereka ?

Kita semua sedia maklum, kucing akan dikategorikan sebagai haiwan dalam kumpulan singa. Ini kerana kucing merupakan haiwan solitari secara domestik dan situasi liar.

Selalunya, kucing jantan akan mengawal kawasan jajahanya. Susah untuk kucing lain masuk ke dalam kawasan yang sudah dikawal oleh kucing lain. Mereka akan bergaduh dan menghalau kucing baru.

Ini juga termasuk mana-mana kucing yang baru lahir dan anak kucing yang bukan dari benihnya sendiri. Anak kucing yang mempunyai pelengkap genetik kucing jantan yang boleh menjadi pesaing mereka akan dimakan.

Kucing juga mempunyai deria menghidu yang cukup kuat sehinggakan dapat membantu mereka untuk mengesan penceroboh yang masuk ke kawasan mereka. Jika mereka dapat mengesan bau pesaing dam memutuskan mana-mana kucing dilahirkan merupakan benih dari kucing jantan lain.

Kucing jantan akan membunuh kesemua anak kucing yang mereka tahu bukan daripada benih mereka supaya ibu kucing tersebut tidak dapat membesarkan anaknya. Mereka membunuh anak kucing yang bukan dari benihnya kerana apabila ibu kucing on heat semula ia boleh mengawan dan akan memastikan anak kucing yang dilahirkan ialah hasil dari benihnya.

Kesimpulanya, kucing jantan akan menghalau penceroboh yang masuk ke kawasan mereka dan juga menghapuskan anak kucing yang berpeluang untuk mengambil alih kawasan jajahan mereka kelak. Perbuatan ini lebih kepada untuk melindungi kawasan mereka sahaja.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!