Kucing Jiran Berak Merata Depan Rumah? Denda RM 1,000 Boleh Dikenakan Pada Si Pemilik );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Jiran Berak Merata Depan Rumah? Denda RM 1,000 Boleh Dikenakan Pada Si Pemilik

Share
1

Tingkah laku kucing yang suka membuang merata tempat amatlah dibenci dan kurang digemari oleh orang ramai.

Selain daripada kotor, bau busuk dan dihurung lalat, secara tidak langsung ianya juga turut menambahkan beban pada kita apabila kerja pembersihan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan pencemaran merebak.

Lebih perit apabila kasut dan selipar rumah menjadi mangsa.. silap-silap kena buang terus kan?

Namun tahukah anda bahawa terdapat satu undang-undang yang boleh menjatuhkan hukuman denda terhadap si pemilik kucing yang berperlakuan sedemikian?

1

Isu ini terbangkit apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuat naik hantaran di laman sosial rasmi facebook mereka, mengatakan perbuatan itu sebagai ‘satu kacau ganggu.’

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” katanya.

Difahamkan, orang ramai yang terkesan boleh membuat laporan pada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu kententeraman.

Denda sebanyak RM1,000 akan dikenakan pada tuan pemilik kucing yang dilaporkan.

1

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihat untuk tidak salah guna undang-undang ini sebagai satu bentuk kecaman ataupun ugutan pada jiran tetangga.

Sekiranya ianya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik, apa salahnya kan?

 

[Sumber: Sinar]

 

Baca Juga: [VIDEO] Kucing Tak Balik Rumah? Lelaki Ini Kongsi Petua Temukan Kucing Yang Hilang

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!