Selalunya, ibu-ibu yang mempunyai bayi kecil amat gemar untuk memperkenalkan anak mereka kepada bayi yang lain. Ibarat buat kawan sejak dari kecil lah kan. kucing
Rupanya-rupanya bukan manusia sahaja yang melakukan sedemikian, kucing juga tidak terkecuali berperangai seperti ‘mak-mak’.
Sebuah video ‘sweet’ yang menunjukkan seekor ibu kucing memperkenalkan anaknya kepada bayi pemiliknya tular di laman TikTok.
Video yang dikongsi oleh @pearlsragdolls itu menunjukkan seekor kucing ragdoll yang bernama Blossom menggonggong dan membawa anaknya bertemu bayi pemiliknya.
Video berkenaan berjaya meraih lebih 56 juta tontonan dan rata-rata netizen cair dengan kecomelan yang ditunjukkan oleh kucing tersebut.
Wanita itu turut berkongsi beberapa video kucingnya yang bernama Casper yang begitu rapat dan sentiasa mahu ‘berkepit’ dengan anaknya itu.