Kucing Ini Akan Perangkap Anjing Masuk Dalam Sangkar Dan Kurungnya Setiap Kali Menyampah Dengannya );

Type to search

Cerita Haimeow

Kucing Ini Akan Perangkap Anjing Masuk Dalam Sangkar Dan Kurungnya Setiap Kali Menyampah Dengannya

Share
kucing kurung anjing

Kadang-kadang di dalam persahabatan, pasti ada masanya kita berasa menyampah dan meluat dengan rakan kita dan mahu menjauhkan diri seketika daripada mereka.

Jika anda perlukan tips bagaimana untuk menjauhkan diri daripada rakan anda, mungkin anda boleh tiru cara kucing dalam video di bawah ini.

Sebuah video TikTok baru-baru ini tular menunjukkan telatah lucu persahabatan antara kucing dan anjing penuh drama.

Menurut pemilik kedua-dua haiwan tersebut, bulusnya yang bernama Milo itu akan memerangkap anjingnya yang bernama Beckham untuk masuk ke sangkar dan mengurungnya setiap kali ia menyampah dengan rakannya itu.

Caranya, Milo akan masuk ke dalam sangkar terlebih dahulu kemudian Beckham akan ikut masuk ke dalam sangkar untuk bersama Milo.

Sejurus Beckham masuk ke dalam sangkar, Milo akan terus keluar dan menutup pintu sangkar meninggalkan Beckham di dalam.

Lihat telatah kedua-dua haiwan itu di bawah.

@mrmilothechonk Don’t worry we let our dog out right away whenever Milo does this 😂 #foryou #foryoupage #lol #comedy #cats #catsoftiktok ♬ Sneaky Sneaky - Jim Zartman
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!